Dalam filem 2012, berdasarkan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 tahun, dunia akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar kuno itu dikatakan hampir tepat terutama membabitkan perubahan pada planet . Tamadun ini yang pernah wujud kira2 200 tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astrologi yg maju dan berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak bbrapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 2 kalendar yang merangkumi kitaran mada cakerawala dan sistem solar. Pada tarikh 21 Disember 2012, bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusar Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir, dan letupan gunung berapi. Tukang tilik kontroversi , Nostradamus juga membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012. Nostradamus mendakwa planet2 di angkasa lepas akan berantakan yang mengakibarkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus dinyatakan cumanye pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka. Selain itu satu lagi andaian, pada 23 Disember 2012 Planet Nibiru akan memberi kesan yang paling dahsyat kepada bumi apabila ia menceroboh sistem solar bumi. Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menggangu kestabilan geografi geografi bumi. Saye berkongsi artikal ini hanya sekadar info bersama, yang paling penting kita ada tuhan kita dan tuhan kita hanya satu dan hanya dia sahaja yang maha besar dan paling berhak untuk mengambil segala apa di atas muka bumi ini. Yang paling penting kita kena percaya bahawa tuhan itu ada. :) Artikal ini dibaca pada 4pm di ruang tamu, so mcm menarik nk share an? btw happy new year n smoge perubahan yang baik untuk kita sepanjang menjalani dugaan n cabaraan pada tahun 2012.
SUMBER : Paper Metro 1 JAN 2012

No comments:
Post a Comment